Saturday, 19 October 2013

~ kisah kami ~

sesuatu kisah yang kita tidak pernah jangka kan akan terjadi...bertemu, bercinta dan berpisah, seperti sudah sebati..sehinggakan aku telah bersiap sedia untuk ditinggalkan walaupun dalam hati begitu susah untuk aku lepaskan...teruskan hidup demi keluarga....

dan benar orang-orang tua berkata.."kalau sudah sampai jodoh nya, semua akan terjadi begitu cepat tanpa kita sedari"...sesungguhnyaa benar...Tahun 2013,mencatat seribu satu memori dalam hidup...aku tidak menyedari bagaimana aku  menerima dia walaupun aku msih takut-takut untuk menerima mana-mana kumbang untuk singgah dihati...

bermula dari kawan sekolah lama, 23.2.2013 menjadi saksi perkenalan semula kawan lama ini....niat di hati hanya ingin berkawan...tetapi lamaran secara spontan melalui telefon, membuatkan aku terkedu seketika untuk membiar otak ku mencerna apa yang dia sampai..."gila ke?"..itu perkataan yang terkeluar dari mulutku...

akhirnya pada 29.6.2013, aku dirisik dalam suatu suasana yang cukup ringkas...walaupun hanya perbincangan keluarga tapi kami cukup gembira..sekarang kami meniti hari untuk membina sebuah masjid...walaupun telefon menjadi penghubung...aku bangga dengan dia...dia seorang lelaki yang berani dan bersungguh-sungguh... baik kurang nya dia...itu semua ada pada setiap hamba Allah.... syukur kepada Allah kerana merestui bakal masjid yang akan dibina tidak lama lagi...~Amin~

No comments:

Post a Comment